Saturday, October 15, 2011

~andai itu yang terbaik buatmu...terbaik juga buatku....~

~Bismillah pembuka bicara....terfikirkan diri ini sampai manakah pelayaran hidupku ini akan berlabuh...ku terdiam sejenak bila dirinya berbicara ttg sesuatu...tiada kata yang mampu ku ungkapkan...hnya senyuman yang terpancar..dgn hati yang sebak..andai tidak ku tahan mungkin akn mengalir air mata nih...Allah....tba-tiba diri ini rasa jauh..sgt2 jauh..jika ingin dibandingkan dengan wanita itu...siapalah aku ini??hanya insan biasa...yg xpunya apa-apa keistimewaan...barangkali ku juga berkecil hati..tapi untuk apa? ingin kufahami dirinya..ingin ku selami hatinya...berharap juga dirinya akan mengerti...kurasakan diriku bukan selayaknya untuk dirimu....ku diam sejenak..akal ligat berfikir..keptusan apa yang harus ku lakukan...sampai diri ini terfikir...jika sukar diri ini untuk menggapai dirimu,ingin ku lepaskan dirimu...dan ku juga tahu diri ini  xsanggup untuk melakukn seperti itu....


ku cuba tenangkan fikiran....cuba mencari semangat yang hampir hilang...senyuman ku ukir,mkin juga senyuman itu kelihatan pahit...ku juga xtahu apa rasanya...sedaya upaya menyembunyikan rasa dihati...sedangakn dirinya tahu hatiku sedang menangis..termenung dimeja makan,sesekali merenung wajahnya..nampak tenang.... sedangkan diriku,msih memikirkan kata-katanya...kurasakan diri ini xcukup kuat tuk hadapi..pada siapa ingin ku adukan??pada family??xmungkin ada yang memahami...apa yang ingin ku jelaskn?? mungkin akn muncul pelbagai persoalan mungkin juga tangapan yang buruk...sediakah aku tuk mnempuhinya??Allah...kurasakan terlalu berat..bila hati mula berbisik untuk pergi jauh dari dirinya..akal pula berkata jangan jadi gila....

Wahai wanita,
mengapa dirinya yang kau pilih...tidak adakah lelaki lain yang sama dengan dirinya....yang mampu membimbing dirimu....YA ALLAH...apa yang harus ku lakukan...sebak hatiku xterkata...xmampu ku luahkan...tidakkah kau mengerti perasaan ku ini sebagai wanita....kau juga wanita seperti diri ini...sanggupkah kasih syg juga cinta suamimu kelak dikongsikan bersama insan lain yang juga bergelar wanita??...hati cukup teruji bila  dirinya mengatakan hal yang sebenarnya...antara kasih,sayang,cinta & juga untuk agama...mana yang harus ku dahulukan??mestilah agamakan?? sedikit sebanyak katamu menguris hati ini...kau kata dirinya seperti  diriku...luluh hatiku...rasa ingin pergi jauh-jauh....jauh dari semua orang..kutahu dirimu menyayangiku..begitu juga diriku...tpi......jika aku mementingkan diri sendiri siapa yang akn membimbing dirinya sedangkan dirinya benar-benar ingin mendalami islam....YA ALLAH....aku benar-benar buntu....


Ingin mencari jalan keluar,supaya tiada pihak yang terluka...ingin kuteruskan ataupun tidak??atau mungkin aku yang akn mengundurkan diri?? ingin melihat dirinya bahagia...ingin melihat senyuman diwajahnya...relakah diri ini melepaskanya?? 

~YA ALLAH andai dirinya bukan untuk diriku..pisahkan aku dengan cara yang terbaik..kerana ku xingin ada yang terluka...dan jika dia memang benar jodohku..permudahkanlah segala urusan kami...satukanlah hatinya dengan hatiku,juga diharapkan tiada insan yang terluka....,,,aku sedia menerima segalanya...i,allah...semoga diri diberi kekuatan,kerana ku tahu Allah sentiasa menyanyangiku.........~

~ANDAI ITU YANG TERBAIK BUATMU...TERBAIK JUGA BUATKU...~







Sunday, October 2, 2011

~BiLa cInTa bErPuTiK,AdAkAh DiA jOdOhKu??~

Tiada terfikir,
Terlintas Engkau akan tiba,
Membawa perangsang.

Tiada terfikir, Terlintas,
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan.


Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli"


Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.

Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.

Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.

Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!

Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.


Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah!


Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?

Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.

Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.

Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.

Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?

Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.

Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.

Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.

Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.

Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.

 



~BiLA RaSa pEnAt mEnJeLmA...~

Senario A – Engkau semua jangan buat bising ok ! Aku tengah down ni, nanti aku campak semua barang-barang atas meja ni!

Senario B – Aduuuuh, sedihnya rasa ! Sampai hati dia menolak lamaranku. Aku  tengah down betul ni. Kau pergilah jauh-jauh sebab aku memang perlukan ketenangan sekarang ni.

Senario C – Tak mengapalah, ini urusan peribadi. Aku dah belajar macam nak mati tapi keputusan exam masih tak cukup makan. Biarlah aku menyendiri sebab aku tengah down ni.
Sememangnya rasa lemah atau rasa 'down' atau rasa 'futur' itu kadangkala menyapa diri. Setiap yang bernama insan pasti akan berhadapan dengan ujian di dalam hidupnya. Kadang-kala ujian dan diikuti dengan ujian yang datang bertimpa-timpa yang mungkin menyebabkan kita sukar untuk bangkit kembali.

Setelah ujian datang :
Ujian ini boleh membuatkan kita semakin kuat daripada sebelumnya. Kadang-kala kita boleh pintas bangkit semula ke kekuatan yang sama. Kadang-kala ujian ini boleh membuatkan kita rebah tersungkur. Kadang-kadang dengan satu ujian sahaja kita boleh hilang arah dan boleh membuat keputusan yang luar biasa
Andainya kita bangkit semula, maka syukur kepadaNya kerana kita berjaya melepasi ujian ini dan bakal menyaksikan bahawa kita akan menjadi insan yang lebih tabah dan lebih berjaya di masa depan.

Namun jika gagal bangkit, kita bakal melalui jalan buntu mahupun membuat laluan baru yang penuh berliku dan tidak mustahil ianya mungkin bertentangan dengan arus perjalanan yang pernah kita lalui sebelum ini.
Adakah sinar mentari di hari esok? Bagaimana kita akan menghadapinya?
Kita harus menghadapi setiap ujian yang ditempuhi dengan bersangka baik kepada Allah swt. Sudah pasti di sana ada hikmah dan kebaikan di dalam setiap perkara yang berlaku yang mungkin tidak kita ketahui maksudnya.
Firman Allah swt yang bermaksud :

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."  [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Seterusnya kita boleh menghadapi ujian ini dengan:
Beristighfar dan berdoa memohon pertolongan daripada Ilahi. Bermuhasabah diri, ujian ini mungkin juga disebabkan kesilapan atau dosa-dosa kita sendiri. Menyuarakan rasa hati kepada ke dua orang tua kita atau 'orang lama' atau tokoh yang kita kenali.
Berbincang dan meluahkan perasaan dengan pendidik atau 'murabbi' kita. Berkongsi permasalahan dengan teman atau kenalan yang rapat. Jangan ikutkan sangat perasaan down dan emosi diri. Menyebukkan diri dengan kegiatan dan aktiviti luar yang sihat

Masih bersedih ?
Ambillah sedikit masa di sebelah keheningan malam untuk bertadabbur dengan ayat-ayat Allah swt sebelum tidur. Bersolat taubat dan menginsafi kesalahan diri. Masuk tidur lebih awal di dalam keadaan berwudhuk. Bangun di awal pagi untuk mendapatkan ketenangan bermunajat kepada Ilahi. Bersolat tahajjud sambil menyatakan rasa atau hasrat hati kepada Ilahi di dalam sujud yang terakhir dengan rasa penuh rendah diri dan berharap kepadaNya.
Ingatlah akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)

Masih adakah harapan untuk bangkit kembali?
Bukankah semua ujian ini datangnya dari Allah s.w.t? Ada kemungkinan besar bahawa Allah s.w.t menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk kita yang tidak kita ketahui apa yang bakal berlaku selepas ini. Jadi, kepada siapakah lagi yang harus kita harapkan jika tidak dikembalikan kepadaNya kerana Dia adalah yang Maha Berkuasa dan Penyelesai kepada semua masalah serta ujian-ujian kehidupan.

Jom ! Mari kita bangkit agar terus jadi kuat....!



Sunday, September 18, 2011

~setelah berlansungnya majlis....~

~bismillah...pembuka kalam..hehehe....tbe2 je gelak...nk taw knp??sbb sngt2 happy sebenarnya..."Alhamdulillah telah berlnsungnya majlis pertunangan antara mohd nasrul & bkal kakak iparku khairul azwin...hihihi..sgt teruja..pengalaman kali pertama duk bwk dulang...hahaha....lawak jeee...smpai kdg2 terpikir kalu aku lak yang tunang mcm mne ek?hehe..gatai je kn...ape pon..sgt2 best majlis tersebut..walaupon pada mulanya perjalanan kami diiringi dgn hujn renyai2 tpi syukur ke hadrat ilahi kerana setibnya kami disana hujan pon sudah berhenti & majlis diteruskan dgn penuh adab..hehe..nmpk cm rumit je kn..hihihi...sepnjang kami di majlis mmg dilayan seperti "VVIP" kot..haha..keluarga yang sgt mesra & ramah..sgt2 selesa...bertuahnya pemilik bdn 2 kn..dpt fmily yang sgt2 sporting..ttg majlis "BESARNYA" plak akn dibincangkn lgi krna trikh yang sebenar belum dpt dipastikan ats kesulitan2 tertentu....apepon kata sepakat dri dua2 buah pihak amt2lah diutamakan..mna2 tarikh yang sesuai kami jlnkan..hehe...mcm aku lak yang nk nikah...hmmmm..akhir kata semoga bhgia2 selalu hendaknya..i,allah until jannatul firdausi...kalu rajin tgok la pic2 yang aku amik tdy...hehe..xbnyak pon..sikit jee...(^_^)

segak berbaju putih....hehehe..*spe ye niy??*
 senyuman bahagia...hehehe...~_^
 saat berhadapan dgn bakal mertua....hihihi...
 si dia pon sebuk jugak nk bwak ..hahahaha....
 syahdu je tgok bila bakal kakak ipar niy cium tgn bonda tersayang..hehe
 kek dari belah laki.....best je tgok..hahaha..
 antara barang2 hantaran dri pihak perempuan...siap ada peti hrta karun lagi.hehe..so sweet~~
 perbincangan antara pihak belah perempuan & pihak lelaki......hehehe...
 lagi,lagi & lagi barang2 hntaran....
 delicios cake!!!love it...from secret recipe...hehehe....kek ice-cream..yummy2!!!
setelah kata sepakat di persetujui.........hehehehe.......

Saturday, September 17, 2011

~KuMbAnG & bUnGa...~

Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,
Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.

Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri,
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.


Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,
Janganlah sesekali Kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan.

Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu yang bernafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.

Wahai Sang Kumbang...
Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang kau dambakan,
Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.

Wahai Sang Kumbang...
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,
Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati.

Friday, September 16, 2011

~BuAt sAhAbtKu...SeLaMaT HaRi lAhIr....~








~bismillah..pembuka kalam...buat sahabat kesayangnku...pada tanggal 15/9/1991 telah lahirnya seorg insan yang bernama "NUR IZATUS SUBHA SHARUDIN"selamat hari lahir yang ke-20..hehehe..dah berangka "2" semoga bahagia selalu ya...sngat bertuah mendapat sahabat seperti kamu..bnyak membimbing & membntuku dlm menyelesaikan masalah...org yang sgt memahami walaupun pda mulanya sukar diri ini untuk mentafsir dirimu..hehehe..poyo je kn ayt?? sethun 2 buln diri ini mengenalimu bnyk kenangn yang kita lalui bersama kn??hehe...sngt indah bila dikenang..diharap dgn bertambahnya umurmu bertmbah jga amal ibadahmu..begitu juga buat diri ini...semoga juga eza tabah dlm mnempuh segala ujian ya....sama2lah kita mendidik khalifah2 Allah..semoga mendapat perhatian drpd Allah....mengenalimu memberikan sejuta pengajaran dlm hidup....menyanyangimu kerana Allah.. semoga ukhwah kita berkekalan until jannatul firdausi ....may Allah bless u dear....!! ^_^~

~JANGAN SESEKALI KAMU......~

Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

~UkHwAh FiLlAh...~

CINTA MANUSIA BERMULA DARI MATA
TUMBUH DI HATI DAN
BERAKHIR DENGAN AIRMATA...
TETAPI SAHABAT BERMULA DENGAN SENYUMAN
TUMBUH DENGAN KESEFAHAMAN DAN
IA BERAKHIR HANYA DENGAN KEMATIAN...
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
.......♥#########♥
.....♥#############♥
...♥###############♥
..♥#################♥..................♥###♥
..♥##################♥..........♥#########♥
....♥#################♥......♥#############♥
.......♥################♥..♥###############♥
.........♥################♥################♥
...........♥###############################♥
..............♥############################♥
................♥#########################♥
..................♥######################♥
....................♥###################♥
......................♥#################♥
........................♥##############♥
...........................♥###########♥
.............................♥#########♥
...............................♥#######♥
.................................♥#####♥
...................................♥###♥
.....................................♥#♥
.......................................♥
.......................................♥
.....................................♥
...................................♥
.................................♥
..............................♥
............................♥
.........................♥
......................♥
..................♥
.............♥
.........♥
......♥
....♥
......♥......................♥...♥
..........♥.............♥............♥
..............♥.....♥...................♥
...................♥.....................♥
................♥......♥..............♥
..............♥.............♥....♥
.............♥
...........♥
..........♥
.........♥
.........♥
..........♥
..............♥
...................♥
..........................♥
...............................♥
.................................♥
.................................♥
..............................♥
.........................♥
..................♥
.............♥
.....♥
...♥
.♥.............................♥....♥
♥..........................♥...........♥
.♥......................♥................♥
..♥...................♥..................♥
...♥........................ ............♥
.....♥................................♥
........♥.........................♥
...........♥...................♥
..............♥..............♥
..................♥.......♥
.....................♥..♥
.......................♥
▀██▀─▄███▄─▀██─██▀██▀▀█
─██─███─███─██─██─██▄█
─██─▀██▄██▀─▀█▄█▀─██▀█
▄██▄▄█▀▀▀─────▀──▄██▄▄█

(¯`•.•´¯) (¯`•.•´¯)
*`•.¸(¯`•.•´¯)¸.•´
☆ º `•.¸.•´ º ☆.¸¸.•´¯`

______________$$______________
_____________$$_$_____________
_____$$$$$_______$____$$______
___$$$$$$$$$_____$__$__$$_____
__$$$$$$$$$$$$___$_$__________
__$$$______$$$$__$_____$$$$$__
_$$$_________$$_$__$$$$$$$$$$_
_$$$_________$$__$$$$$$$$$$$$_
_$$$_________$$$$$$______$$$$_
__$$_________$$$_________$$$__
__$$________$$$__________$$$__
___$$______$$$__________$$$___
____$$$___$$$________$$$$$____
__$$$$$$_$__$$_$$$$$$$$_______
_$$$____$___$___$$____________
$$$$$_$$____$____$$___________
__$$$$$____$$$_$$$____________
____________$$$$$_____________
______________$$______________
/.•*•.\♥ ¸..•¤**¤•.,♥.•¤**¤•.*.•¤**¤•.♥¸. •¤**¤•..

SEJERNIH SALSABIL...
SESEGAR AL-KAUTHAR...
SEDAMAI FIRDAUSI...
ITULAH UKHWAH LILLAHI ....


~KISAH AYAH & ANAK...~


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”
“Ya, nak tanya apa?”
“Berapa pendapatan ayah sejam?”
“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”
“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”
“20 ringgit sejam.”
“Oh…”

kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya;

“Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Siayah menjadi berang dan berkata; “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal
pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak
beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat
bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan
tidur, dah lewat dah ni.”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk
di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu
memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali
tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit
untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang
sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah
menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum
tidur.

“Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.
Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira.

Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping
not sepuluh ringgit yang sudah renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah
kembali berang.

“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah
bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang
ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin
ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli
sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak
tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu. Selepas mendengar penjelasan
anaknya, si Ayah terus mendakap anaknya dengan penuh kasih-sayang dan
bersalah kerana membiarkan anaknya diabaikan.

Moral :
Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang
yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan
sedikit waktu untuk bersama mereka.

~ANDA SEMAKIN MATANG BILA.........~

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

 Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

~SAATNYA UNTUK MENIKAH..~

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." - HR Tarmidzi dan Ahmad


                                 ~agak2 wajar x cm niy?? hohoho..pikir2kan...~

Saya tidak tahu apakah ini merupakan Hukum Sejarah yang digariskan allah


Ketika orang mempersulit apa yang dimudahkan Allah, mereka akhirnya benar-benar mendapati keadaan yang sulit dan nyaris tak menemukan jalan keluarnya.
Mereka menunda-nunda pernikahan tanpa ada alasan Syar'ie dan akhirnya mereka benar-benar takut melangkah di saat hati sudah sangat menginginkannya.
Atau ada yang sudah benar-benar gelisah tak kunjung ada yang mahu serius.

Lingkaran Ketakutan Berlanjutan
Bila di usia dua puluh tahunan mereka menunda pernikahan karena takut dengan ekonominya yang belum mapan, di usia menjelang tiga puluh hingga tiga puluh lima berubah lagi masalahnya.
Laki-laki mengalami Sindrom Kemapanan (meski wanita juga banyak yang demikian, terutama mendekati usia 30).
Mereka (laki-laki) menginginkan pendamping dengan kriteria yang sulit dipenuhi.
Seperti Hukum Kategori, semakin banyak kriteria semakin sedikit yang masuk kategori.
Begitu pula Kriteria Tentang Jodoh, ketika menetapkan kriteria yang terlalu banyak maka akhirnya tidak ada yang sesuai dengan keinginan kita.

Sementara wanita yang sudah berusia sekitar 35 tahun, masalahnya bukan kriteria tetapi soal apakah ada orang yang mau menikah dengannya?
Ketika usia sudah 40-an, ketakutan kaum laki-laki sudah berbeza lagi, kecuali bagi mereka yang tetap terjaga hatinya.
Jika sebelumnya banyak kriteria yang dipasang pada usia 40-an muncul ketakutan apakah dapat mendampingi isteri dengan baik.
Lebih-lebih lagi ketika usia beranjak 50 tahun, ada ketakutan lain yang mencekam.
Iaitu kekhawatiran ketidakmampuan mencari nafkah sementara anak masih kecil.
Atau ketika masalah nafkah tak merisaukan khawatir kematian lebih dahulu menjemput sementara anak-anak masih banyak perlu dinasihati.

Bila Iman Tiada Makan Muncul Putus Asa
Jangan ditunda-tunda apa yang menghimpit saudara kita sehingga mereka sanggup menitiskan air mata.
Awalnya adalah kerana mereka menunda apa yang harus disegerakan, mempersulit apa yang seharusnya dimudahkan. Padahal Rasulullah s.a.w. berpesan:
Wahai Ali, ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya, Jenazah apabila telah siap penguburannya, dan Perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya." - HR Ahmad
Hadis ini menujukkan agar tidak boleh mempersulit pernikahan baik langsung mahupun tak langsung.
Secara 'lansung' adalah menuntut mahar yang terlalu tinggi. Atau yang sejenis dengan itu. Ada lagi yang 'tidak secara langsung'.
Mereka membuat kebiasaan yang mempersulit, meski nyata-nyata menuntut mahar yang tinggi atau resepsi yang mewah.

Sebahagian orang mengadakan acara peminangan sebagai acara tersendiri yang tidak boleh kalah mewah dari resepsi pernikahan sebahagian lainnya melazimkan acara penyerahan hadiah atau wang belanja untuk biaya pernikahan secara tersendiri.
Bila seseorang tak kuat menahan beban, maka bisa saja melakukan penundaan pernikahan semata-mata hanya kerana masalah ini.
Saya sangat khawatir akan keruhnya niat dan bergesernya tujuan, sehingga pernikahan itu kehilangan barokahnya.
Naudzubillah! Penyebab lain adalah lemahnya keyakinan kita bahwa Allah pasti akan memberi rezeki atau boleh jadi cerminan dari sifat tidak qona'ah (mencukupkan diri dengan yang ada).

Pilihlah Yang Bertaqwa
Suatu saat ada yang datang menemui Al Hasan (cucu Rasulullah). Ia ingin bertanya sebaiknya dengan siapa putrinya menikah? Maka Al Hasan r.a berkata:
"Kawinkanlah dia dengan orang yang bertakwa kepada Allah. Ini kerana, jika laki-laki mencintainya, ia memuliakannya, dan jika ia tidak menyenanginya, ia tidak akan berbuat zalim kepadanya."
Nasihat Al- Hasan menuntun kita untuk menjernihkan fikiran. Jika kita menikah dengan orang yang bertakwa, cinta yang semula tiada meski cuma benihnya, dapat bersemi indah karena komitmen yang memenuhi jiwa.
Wallahu alam bi showwab.

~pabila kaki melangkah ke "DZUL IMAN"~

~bismillah....~>pembuka bicara<~ wahh!! tajuk xle blakn?? "PABILA KAKI MELANGKAH KE *DZUL IMAN*" hehehe..apakah dzul iman nih??..alahhh...ape aku nk ulas sal tjuk aku niy...hihi..sebenarnye dok nk cte sal aku la..coz diri aku aku je yng paham..haha..sengal kn?? bermulanya diri ini menjejak kaki di *DZUL IMAN* tempat yang akan merubah hidupku..."DZUL IMAN" tdika ape nih??apasal aku xpernah dgr?? cara khalifah??ape 2?? alah sume 2 poyo je kot....haih..sume2 niy apa yang aku fikir sbelum menjejak ke "DZUL IMAN"

tpi bila selngkah kaki ini menjejak ke dlam tdika satu perasaan yang xdapat ku bayangkan selama ini....kemesraan dlm menjalinkan hubungan antara ustazah & ustazah2 yang lain dpt kurasakan...dapat juga juga kurasakan ukhuwah & juga apa itu erti persaudaraan..kami ibarat 1 keluarga walaupun bru berjumpa dlm masa 2 minit...YA ALLAH...alangkah indahnya waktu2 itu....sesudah itu aku mula di interview..huihh...isw..cuak...sume ade..

Al-maklumlah baru firsttime nk temuduga...lg 1 yang buat aku risaw coz kne ckp dlm bhasa inggeris..aduhai...aku rasa mcm nk blik je waktu 2..hahaha....lawak je kalu ingat balik...tpi ku kuatkan semangat cuba untuk buat muka selamber...kaki melngkah ke pejabat...dup dap..dup dap..aduhai...gementar la plak...dgn senyuman yang xtaw dah mcm mne rsenyernyer..aku pon msuk...duduk sopan sungguh..mcm pmpn melyu terakhir..hahaha...xku sangka interview cuma crita ttg family..n speaking sikit2 laaa...lg 1 yang aku xjngka..kne bercerita depan bos mcm aku buat dkt bdk2 tdika....waaa!!mcm mne nk buat sdgkn selma setahun aku dekat "AULAD" mne pernah aku bercerita depn dyeorg....nk xnk kne buat laaa...ku sahut cabaran itu...cuba yang terbaik..walaupn dlm bacaan ada sebutan yang salah..adoiii!! malunyer...hahaha....!!  



pas abih je bercerita kne mengaji lak....alhamdulillah kalu bab yang niy aku lulus..i,allah...hehe..tapi dalam hati duk tertnya2..luluske?? interview mcm main2 jee....risau dibuatnyer...tpi sejujurnya kau nk kata boss aku sngat la lembut orgnyer..sngt2 caring....& telah membuat aku jatuh cinta untuk bekerja dgnnya...hmpir sminggu menunggu keputusan..& akhirnya.... dpt pngilan dri org yang yang ku tunggu2...Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana telah memperkenankn doaku....aku diarahkn untuk memulakan tugasan di putra heights...dgn berbesar haty & semngat yang tinggi aku pon pergi dgn senang haty....^_^



~pada 31/4/2010...pada jam 7 pgi~> 
   
Aku memulakan langkah...kje tdika bse la pgi2 kne la senyum..hehe...kalu muka masam pgi2 lagi budak2 pon takut nk dtg...hehe..sejujurnya diri ini terlalu la susah untuk mnyesuaikan diri kat tempat baru....cuba tersenyum walaupon dlm hati xsenyum..so nk dijadikan cte xnmpk la keikhlasan senyuman 2..hihihi....khalifah2 mula menghadirkan diri ke tdika..aku menymbut dgn senyuman..bersalaman & sngat menyentuh hati bila mereka memelukku.....YA ALLAH..polosnya ank2 ni..walaupn diri ini mereka tidak kenali..tpi dlm fikiran mereka sapa2 je yang smbut mereka kat depn gate mereka tahu yang ini adalah guru saya......dapat kulihat mereka sudah terlatih dgn budaya khalifah..sgt2 teruja & terharu..kemesraan yang di pamerkan oleh ank2 ini seprti telah lama mereka kenal...sapaan yang pertama yang mmbuat aku tersenyum.."ustazah nie comel la.." hahaha....tbe2 je rse malu..hihihi...


setelah habis tok sesi pgi aku diarahkn untuk mengajar ank 4 thun...uih..kalu pk2 blik xmsuk dik akal coz bru msok je dah jdy main teacher....& aku membuat keputusan untuk menerima tangunggjawab tersebut dgn hati terbuka..& berjanji akn melaksanakan dgn sebaik mungkin....& apa yang ku rasakan hri pertama di "DZUL IMAN" benr2 mmbuatkn diri ini sedar bahawa, dulu cra aku mendidik ank2 di tadika "AULAD" salah...YA ALLAH.....rse bersalah bertubi2 dlm diri....& akn ku perbaiki diri ini untuk mnjadi seorg guru yang dpt membimbing mereka & juga akan menjadi amalan buat diri ini...Alhamdulillah..syukur kpda Allah telah menempatkan aku di sini..tempat yang ingin ku panggil "UNIVERSITI OF TARBIAH"......akhir bicara..~>salam ukhuwah bersulam dakwah..<~ ^_^......                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            

Sunday, February 13, 2011

~sahabat~

 ~SMILE MAKE ME HAPPY..SMILE ALWAYS...^__^~
 ~LOVE FWENS FOREVER....~
 ~JUST FOR YOU MY LOVELY FRIENDS....~
 ~SWEET MEMORIES IN MY CLASS 7 WITH MY FRIENDS..LOVE U SO MUCH..!!!!~
~ingin aku,singkap kembali...kenangan lama agar bersemi....ingin ku ulangi kisah manis, agr terus bersemadi...ingatlah aku sbgai rakanmu  knglah aku dlm doamu begitu indahnya kisah dahulu..engkau sebagai..TEMANKU...apabila engkau terjaga satukanlah HARAPANKU DENGANMU...kerana ianya bakal BERPADU mimpi sepenuhmu yang setia, layarknlah impian doamu..sesungguhnya aku msih mngingatimu sbgai RAKAN & TEMAN...smoga kita DIBERKATI ALLAH...^_^....ku doakan kepadamu agar BAHGIA DI DUNIA & AKHIRAT.....{to all my lovely friends..love u so much...{>_<}    {SAHABAT}                                                                                        

Monday, February 7, 2011

~selepas cuty...~

fuh~~!!dah lme xchek blog niy,,,,,mentang2lah dah lme cty.....huhuhu....mlsnyer nk g kje..ikot aty mcm nk tdo je pg tdy...tpy sbb pk kne kje & kna menunaikn tngungjawb la bgun awl2 pgi....letih semalm xhilang lg kot..jdy liat nk g kje..ish3..ape nk jdy laaaa ank dara sorng nie..:)....tpy nie la diri aku..nk kte baik2 pon mmg ade gak yg xbaiknyer..walau ape pon yg penting kje kna ikhlas..bru la berkat n sume kje jdy mudah....besar betul nikmat  org yg sabar nie...alhamdulillah mudah2hn diri ini tergolong dlm org2 yg ikhlas & mndapt keberkatanya.......i,allah..amiin....^__^

Monday, January 24, 2011

~LuKiSaN AlAm~

~hidup tidak selalunya indah...langit xselalu cerah..suram mlm xberbintang..itulah lukisan alm..begitu aturan tuhan....jadylah rumput nan lemah lmbut..xluruh dipukul ribut, bagai karang didasar lautan..xterusik dilanda badai..dalam sukar hitunglah kesyukuranmu....dalam senang awasi kealpaanmu...setitis derita melanda segunung kurniaanya....:) usah mngaharpkn kesenangan  dalam perjuangan perlu pngorbanan..usah dendam berpnjangan..maafkn kesalahan insan....begitu ajaran Tuhan...:) dalam diam taburkanlah baktimu..dlam tenang buangknlah amarahmu...suburkanlah sifat sabar dlm jiwamu itu....^__^~

Saturday, January 22, 2011

~CUTI VS TRAINING....hehe~

pagi2 lgi dh kna bgun awl.....ikotkn aty niy asyik nk mlas jer...mtang2 la cty umum....hehehe..sbb teringat nk g training jer bgun awl..law x lme dah 2 xsdar....kol 8 pg call teksi....aiyakk!!!duit lg la nie nk kna kuar..sekarng niy nk wat ape2 sume kna gna duit..mne ade yg free dah..haih....adusss!!!dah agak kering nih..al-maklumlah tengah2 bulan....hehe...g tmpt trainig je dah abih RM 13...smpai je kat sne rmai dah org dtg..tpy sib bek la xlate sgt...then g msok kls..dah jdy cm dak2 tdika jgk...msok kls...dok kat kls tnggu ustzah dtg....hehe..tpy kls niy sempit laaa....dah la rmai lg yg xmsok..last2 aku kna dok dpn2 ustazah..sakit tengkok aku pndang ats je..ape taknyer...dah dkt sgt ngan slide show...ape pon...best laa....mle2 je xde smngat lnsong nk g..dah smpai sne jmpe kwn2...dah xngat mls dah....asyik gelak jee...lgpon mmg dah lme xjmpe..asyik kat fb jee...dlm kol 10.20  abih la sesi yg pertama....huh!! tarik nafas lega kua dry kls 2...smbung semula kol  11.00 a.m...time niy la yg aku tnggu2...time nk blja english....hehe...best2~~!!!bnyak sgt yg aku sendiri kna betulkn...kalaulah aku xpegi..ish3!!aku la org pling rugi..bkn sng2 nk dpt ilmu free niy....syukur alhamdulillah ALLAH mnempatkn aku kat sinie....bnyak sgt yg aku perlu ubh....dry mls tukar rajin...alhamdulillah.....mkn pon sodap tdy..hehe..menu ary niy mee kari...wah!!mmg awesome laaa!!xrugi pegi...abh kls kol 1.00 p.m..adehh!!sakit pinggang aku dok lme2....kua je dy tdika dah pk duit semula....sbb nk blik pon kna nek teksi jgk....ish3!!dnia2....xde duit mmg xidup laa.....ape pon aku enjoy ary niy..kls best!!!pas nie mmg xle mls2..zaman tok berubah..{chayok3!!!! hasanah!!!!}mcm ngantok la plak..soh tdo agknyer...hehehe..pdahal mmg aku yg nk mmbongkang ^_^...~salam uhkuwah sampai syurga~

Friday, January 21, 2011

~penat ke nk uruskn khalifah2 ALLAH???~

             uncle boh sikit je...sbb khalifah2 ALLAH niy kecik lg..xboleh letak bnyak2...:)(:
                                         gosok jgn xgosok...hehehe
        tekunnye khalifah2 ALLAH  nie dgar nurse 2 ckp..ntah phm ntah idak..:)
               ade yg bwk berus gg besar....berus gg spe la 2....hehe..^_~
      ulang gosok 8 kali depan....8 kali belakang....hehehe..nurse 2 ckp cm 2 tdi...@_@
            semangatnyer gosk gg...hebat2 khalifah ALLAH niy...^_^
perjalanan ary nie sperti biasa....dr gg dtg pg tdy....bdk2 sume bwk berus gg..khusyuk betol dga nurse 2 ckp pasal gg...hai ank2..law pas nie xgosok gg jgk xthu laa...hahaha....kje ary jumaat best je..sbb sok nk cty dh..tpy dpt taw lak sok ade trainig...kne la g kat usj9..mlsnyer~~!!..law ikotkn aty mls nk g...tpy boleh ke nk mls2 niy??bkn sekarng waktunyer nk mls2...haih~~kne kuatkn semangat niy...bestnyer la cty..tpi law xpegi rugi....ilmu bkn sng2 nk dpt...jadylah aku mcm MALAS VS RAJIN....think n choose hasanah! mne yg aku nk plih??huhuhu....khalifah ALLAH choose to be good...so aku kne la plih yg terbaik....esok agendanyer..hmmm..trainig tok E-XTRA bhsa english...penting niy..mmg rugi la law xpegi...cra2 tok mngajar anak2 mmbaca dlm bhsa english..wahh!!compem sok lidah aku terbelit2...jihad hasanah!jihad...kne rjin,,,xpegi rugi......hehehe...*ckap tok diri sendiri bg rajin wlaupun sbnrnyer msih ade sisa2 kemalasan...jaht betol syaitan niy..haih...!!* tgok le pic2 yg bru upload niy....nk ltak bnyak2 line slow lak dah...nie je la yg termampu..hehehe...k laa...~salam ukhuwah sampai firdausi....~