Saturday, October 15, 2011

~andai itu yang terbaik buatmu...terbaik juga buatku....~

~Bismillah pembuka bicara....terfikirkan diri ini sampai manakah pelayaran hidupku ini akan berlabuh...ku terdiam sejenak bila dirinya berbicara ttg sesuatu...tiada kata yang mampu ku ungkapkan...hnya senyuman yang terpancar..dgn hati yang sebak..andai tidak ku tahan mungkin akn mengalir air mata nih...Allah....tba-tiba diri ini rasa jauh..sgt2 jauh..jika ingin dibandingkan dengan wanita itu...siapalah aku ini??hanya insan biasa...yg xpunya apa-apa keistimewaan...barangkali ku juga berkecil hati..tapi untuk apa? ingin kufahami dirinya..ingin ku selami hatinya...berharap juga dirinya akan mengerti...kurasakan diriku bukan selayaknya untuk dirimu....ku diam sejenak..akal ligat berfikir..keptusan apa yang harus ku lakukan...sampai diri ini terfikir...jika sukar diri ini untuk menggapai dirimu,ingin ku lepaskan dirimu...dan ku juga tahu diri ini  xsanggup untuk melakukn seperti itu....


ku cuba tenangkan fikiran....cuba mencari semangat yang hampir hilang...senyuman ku ukir,mkin juga senyuman itu kelihatan pahit...ku juga xtahu apa rasanya...sedaya upaya menyembunyikan rasa dihati...sedangakn dirinya tahu hatiku sedang menangis..termenung dimeja makan,sesekali merenung wajahnya..nampak tenang.... sedangkan diriku,msih memikirkan kata-katanya...kurasakan diri ini xcukup kuat tuk hadapi..pada siapa ingin ku adukan??pada family??xmungkin ada yang memahami...apa yang ingin ku jelaskn?? mungkin akn muncul pelbagai persoalan mungkin juga tangapan yang buruk...sediakah aku tuk mnempuhinya??Allah...kurasakan terlalu berat..bila hati mula berbisik untuk pergi jauh dari dirinya..akal pula berkata jangan jadi gila....

Wahai wanita,
mengapa dirinya yang kau pilih...tidak adakah lelaki lain yang sama dengan dirinya....yang mampu membimbing dirimu....YA ALLAH...apa yang harus ku lakukan...sebak hatiku xterkata...xmampu ku luahkan...tidakkah kau mengerti perasaan ku ini sebagai wanita....kau juga wanita seperti diri ini...sanggupkah kasih syg juga cinta suamimu kelak dikongsikan bersama insan lain yang juga bergelar wanita??...hati cukup teruji bila  dirinya mengatakan hal yang sebenarnya...antara kasih,sayang,cinta & juga untuk agama...mana yang harus ku dahulukan??mestilah agamakan?? sedikit sebanyak katamu menguris hati ini...kau kata dirinya seperti  diriku...luluh hatiku...rasa ingin pergi jauh-jauh....jauh dari semua orang..kutahu dirimu menyayangiku..begitu juga diriku...tpi......jika aku mementingkan diri sendiri siapa yang akn membimbing dirinya sedangkan dirinya benar-benar ingin mendalami islam....YA ALLAH....aku benar-benar buntu....


Ingin mencari jalan keluar,supaya tiada pihak yang terluka...ingin kuteruskan ataupun tidak??atau mungkin aku yang akn mengundurkan diri?? ingin melihat dirinya bahagia...ingin melihat senyuman diwajahnya...relakah diri ini melepaskanya?? 

~YA ALLAH andai dirinya bukan untuk diriku..pisahkan aku dengan cara yang terbaik..kerana ku xingin ada yang terluka...dan jika dia memang benar jodohku..permudahkanlah segala urusan kami...satukanlah hatinya dengan hatiku,juga diharapkan tiada insan yang terluka....,,,aku sedia menerima segalanya...i,allah...semoga diri diberi kekuatan,kerana ku tahu Allah sentiasa menyanyangiku.........~

~ANDAI ITU YANG TERBAIK BUATMU...TERBAIK JUGA BUATKU...~







Sunday, October 2, 2011

~BiLa cInTa bErPuTiK,AdAkAh DiA jOdOhKu??~

Tiada terfikir,
Terlintas Engkau akan tiba,
Membawa perangsang.

Tiada terfikir, Terlintas,
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan.


Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli"


Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.

Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.

Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.

Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!

Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.


Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah!


Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?

Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.

Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.

Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.

Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?

Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.

Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.

Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.

Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.

Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.

 



~BiLA RaSa pEnAt mEnJeLmA...~

Senario A – Engkau semua jangan buat bising ok ! Aku tengah down ni, nanti aku campak semua barang-barang atas meja ni!

Senario B – Aduuuuh, sedihnya rasa ! Sampai hati dia menolak lamaranku. Aku  tengah down betul ni. Kau pergilah jauh-jauh sebab aku memang perlukan ketenangan sekarang ni.

Senario C – Tak mengapalah, ini urusan peribadi. Aku dah belajar macam nak mati tapi keputusan exam masih tak cukup makan. Biarlah aku menyendiri sebab aku tengah down ni.
Sememangnya rasa lemah atau rasa 'down' atau rasa 'futur' itu kadangkala menyapa diri. Setiap yang bernama insan pasti akan berhadapan dengan ujian di dalam hidupnya. Kadang-kala ujian dan diikuti dengan ujian yang datang bertimpa-timpa yang mungkin menyebabkan kita sukar untuk bangkit kembali.

Setelah ujian datang :
Ujian ini boleh membuatkan kita semakin kuat daripada sebelumnya. Kadang-kala kita boleh pintas bangkit semula ke kekuatan yang sama. Kadang-kala ujian ini boleh membuatkan kita rebah tersungkur. Kadang-kadang dengan satu ujian sahaja kita boleh hilang arah dan boleh membuat keputusan yang luar biasa
Andainya kita bangkit semula, maka syukur kepadaNya kerana kita berjaya melepasi ujian ini dan bakal menyaksikan bahawa kita akan menjadi insan yang lebih tabah dan lebih berjaya di masa depan.

Namun jika gagal bangkit, kita bakal melalui jalan buntu mahupun membuat laluan baru yang penuh berliku dan tidak mustahil ianya mungkin bertentangan dengan arus perjalanan yang pernah kita lalui sebelum ini.
Adakah sinar mentari di hari esok? Bagaimana kita akan menghadapinya?
Kita harus menghadapi setiap ujian yang ditempuhi dengan bersangka baik kepada Allah swt. Sudah pasti di sana ada hikmah dan kebaikan di dalam setiap perkara yang berlaku yang mungkin tidak kita ketahui maksudnya.
Firman Allah swt yang bermaksud :

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."  [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Seterusnya kita boleh menghadapi ujian ini dengan:
Beristighfar dan berdoa memohon pertolongan daripada Ilahi. Bermuhasabah diri, ujian ini mungkin juga disebabkan kesilapan atau dosa-dosa kita sendiri. Menyuarakan rasa hati kepada ke dua orang tua kita atau 'orang lama' atau tokoh yang kita kenali.
Berbincang dan meluahkan perasaan dengan pendidik atau 'murabbi' kita. Berkongsi permasalahan dengan teman atau kenalan yang rapat. Jangan ikutkan sangat perasaan down dan emosi diri. Menyebukkan diri dengan kegiatan dan aktiviti luar yang sihat

Masih bersedih ?
Ambillah sedikit masa di sebelah keheningan malam untuk bertadabbur dengan ayat-ayat Allah swt sebelum tidur. Bersolat taubat dan menginsafi kesalahan diri. Masuk tidur lebih awal di dalam keadaan berwudhuk. Bangun di awal pagi untuk mendapatkan ketenangan bermunajat kepada Ilahi. Bersolat tahajjud sambil menyatakan rasa atau hasrat hati kepada Ilahi di dalam sujud yang terakhir dengan rasa penuh rendah diri dan berharap kepadaNya.
Ingatlah akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)

Masih adakah harapan untuk bangkit kembali?
Bukankah semua ujian ini datangnya dari Allah s.w.t? Ada kemungkinan besar bahawa Allah s.w.t menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk kita yang tidak kita ketahui apa yang bakal berlaku selepas ini. Jadi, kepada siapakah lagi yang harus kita harapkan jika tidak dikembalikan kepadaNya kerana Dia adalah yang Maha Berkuasa dan Penyelesai kepada semua masalah serta ujian-ujian kehidupan.

Jom ! Mari kita bangkit agar terus jadi kuat....!